Wednesday, February 3, 2010

Ikhlas

"ikhlas itu milik Allah"...kata-kata yang diutarakan oleh Nur Aifa Muhammad Amin melalui Nur Aniqah Muhammad Amin....

Mulanya mmg lia tak paham....dan lia malas nak berfikir untuk memahami maksud di balik IKHLAS ITU MILIK ALLAH......

tapi sekarang lia dah tahu dan dah pun faham apa yang tersirat dibalik ungkapan itu.... memang betul ikhlas itu milik Allah... hanya Allah saja yang tahu keihklasan hambanya... bukan jangkauan manusia untuk menilai keikhlasan sesama manusia namun manusia masih mampu untuk berlaku ikhlas seikhlasnya.....

sesungguhnya tidak patut untuk kita sesama hamba Allah untuk menilai keikhlasan.....

sekiranya kita berfikir di pihak positif tanpa ada rasa dengki iri hati sudah pasti kita akan lihat nilai sebuah keikhlasan.....

tapi sekiranya kita berfikir di pihak negatif dengan ada prasangka walau hanya sekelumit jauh di lubuk hati maka tidak akan terlihat keikhlasan dan yang hanya hadir adalah fikiran fikiran negatif yang sangat busuk.....

Ya Allah kau jauhkan kami semua dari sifat ini.......amin.

aku menguruskan mana yang aku mampu mana yang aku tahu sekadar untuk meringankan segala beban yang mereka tanggung.. dan sememangnya itu tanggungjawab aku sebagai menantu walhal aku tak pernah anggap mereka mertua tapi sebaliknya aku anggap mereka adalah ibu bapa ku sendiri... pada pendapat aku itu yang sepatutnya tersemat dalam hati setiap menantu...aku tahu mereka tahu itu yang cuba aku usahakan...walau pun terpaksa drive all the way from KL to IPOH with my frens... kasihankan suami tak dapat cuti jadi pada aku tak salah untuk aku setelkan semuanya sendiri dengan izin dia jugak sebagai suami.......

oh rupa-rupanya.... ada hati yang tak senang dengan usaha itu.... mak ayah sememangnya sangat berterima kasih dengan apa yang aku cuba usahakan.... tapi hati yang tak senang itu hati busuk adalah hati orang lain yang mana milik bapa saudara sendiri yang patutnya di contohi.... sungguh dia tak patut di contohi....

tergamak dia berkata pada suamiku "pasal lia balik ipoh sendiri uruskan hal ayah tu, yang tu untuk lia, dia nak amik hati mak ayah bukan untuk ijan"......

subhanallah... sememangnya ikhlas itu milik Allah....

~warnawarnipelangi~

0 comments:

Post a Comment