Saturday, November 14, 2009

Sebuah KeSABARan

apa maksud sebenar sabar kesabaran
terlalu senang untuk diungkap tetapi bukan mudah untuk melaksanakannya
lia (adalah nama sebenar) sangat nipis sifat sabar nya
ijan (juga adalah nama sebenar) sangat tebal sifat sabar nya
hari ini ijan mengajar lia erti sabar
hari ini ijan membimbing lia untuk bersabar
hari ini ijan mendidik lia hikmah kesabaran
hari ini ijan telah meningkatkan ketebalan sifat sabar lia
hari ini ijan telah menyedarkan lia pentingnya kesabaran
hari ini ijan telah membuktikan pada lia bahawa sabar itu sungguh manis
hari ini lia sangat mengagumi kesabaran ijan dalam menempuh halangan menepis dugaan menolak kegusaran
hari ini cinta ijan dan lia semakin utuh berkat kesabaran mereka
terlalu besar hikmah sabar
hanya setelah bersabar barulah terasa manisnya hikmah suatu peristiwa itu
jangan biar emosi mengawal diri
biar diri yang mengawal emosi
sabar itu separuh dari iman

sentiasalah bersabar



~warnawarnipelangi~

0 comments:

Post a Comment