Monday, May 17, 2010

Today's lesson....

Pengajaran yang di peroleh pada hari ini adalah.....

1) sentiasa kenang kembali kesilapan diri, kelemahan diri
hanya dengan ini kita mampu muhasabah diri yang hina ini

2) kalau terasa hati dengan seseorang:-
fikirkan kembali adakah kita pernah menyakitinya sebelum ini?
pernahkah dia berbuat baik kepada kita sebelum ini?
pernahkah dia berbuat jahat pada kita sebelum ini?

3) kalau kita merasakan orang lain berbuat salah pada kita:-
fikirkan kembali pernahkah kita membuat kesalahan yang sama padanya
mahu pun pada orang lain?

4) kalau kita iri hati pada seseorang:-
fikirkan kembali ada orang lain yang lebih dari kita tak kira samada lebih baik
atau lebih buruk
kita perlu perbaiki diri untuk jadi seperti dia atau lebih baik

5) perlu sentiasa mengawal diri baik dari segi emosi mahupun kata-kata.
{terlajak perahu oleh diundur, terlajak kata semua sia-sia}

6) sentiasa sedar pada kemampuan diri sendiri
fikirkan ketika keadaan tiada semasa sedang ada
kalau tak ada, jangan dihabiskan apa yang ada

INGATLAH BAHAWA SIFAT MANUSIA INI ADALAH TIDAK SEMPURNA, JADI JANGAN SEWENANG-WENANG MENUNDING JARI MENCARI KESALAHAN INSAN LAIN KERANA SESUNGGUHNYA INSAN ITU PERNAH BERJASA PADA KITA NAMUN KITA TERLUPA ATAU PUNGKIN SUATU HARI NANTI INSAN ITU AKAN BERJASA PADA KITA. DAN PADA TIKA KITA TERSEDAR KITA AKAN MALU PADA DIRI KITA SENDIRI....... renungkanlah....


~warnawarnipelangi~


1 comments:

Anonymous said...

Btl2..hidup2 ni smntara shja..adakala kita trpaksa berkorban dgn apa yg kita rasa terutama perkara2 yg tidak sebati dgn keinginan kita dan ini berbalik kepada kesabaran...sentiasa ingat SABAR ITU MANIS HASILNYA..

Hafiz Junior akak..hehe

Post a Comment